Kalkulator Kehamilan: Tarikh Jangka Bersalin (EDD)

Masukkan tarikh pertama haid terakhir anda (LMP) dan kalkulator ini akan menganggarkan tarikh jangka bersalin (EDD), usia kandungan semasa, trimester, dan tarikh-tarikh penting sepanjang kehamilan — termasuk tetingkap imbasan yang doktor akan jadualkan. Kiraan menggunakan kaedah Naegele yang sama digunakan klinik, dengan pelarasan panjang kitaran. Semua kiraan dibuat dalam pelayar anda — tiada data disimpan.

Tarikh Jangka Bersalin (EDD)
Usia kandungan hari ini
Trimester
Hari lagi ke EDD

Nota Penting Tentang Anggaran Ini

  • Hanya sekitar 1 dalam 20 bayi lahir tepat pada EDD — kebanyakan kelahiran berlaku dalam tempoh 2 minggu sebelum atau selepas tarikh anggaran. Anggap EDD sebagai "kawasan sasaran", bukan janji temu.
  • Imbasan dating trimester pertama adalah anggaran yang lebih tepat daripada kiraan LMP — jika tarikh scan doktor berbeza dengan kalkulator ini, ikut tarikh doktor.
  • Kitaran tidak menentu? Kiraan LMP kurang boleh dipercayai jika haid anda tidak teratur — imbasan awal menjadi lebih penting (dan baca panduan kami tentang punca haid tidak teratur).
  • Mulakan pemeriksaan antenatal seawal mungkin — buka buku merah di klinik kesihatan atau klinik/hospital pilihan anda sebaik ujian kehamilan positif; pendaftaran awal = saringan awal untuk kesihatan ibu dan bayi.

Baca Seterusnya

Penafian: Kalkulator ini memberikan anggaran untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak menggantikan penilaian doktor atau imbasan ultrabunyi. Setiap kehamilan berbeza — sahkan usia kandungan dan tarikh bersalin dengan pengamal perubatan anda.

Scroll to Top